waktu mesir
Kes kematian adik Syafiah
Ramai telah mendahului dalam mengulas isu kematian kanak-kanak yang berusia 3 tahun di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini. Saya juga terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan rakan pambaca dalah isu ini. Sungguh memeranjatkan apabila saya membaca berita tersebut. Terfikir bagaimanakah lelaki tersebut boleh bertindak sedemikian rupa. Namun saya tidak mahu menyertai mereka yang menghamburkan kemarahan dalam bentuk cacian dan celaan terhadap pembunuh. Rasanya tidak perlu saya nyatakan kenapa, tetapi cukuplah saya katakan saya tidak bersetuju dengan cara sedemikian, walaupun kadang-kadang tanpa disedari ianya terjadi juga tanpa kehendaki.
Seperti mana tulisan saya yang lepas di bawah tajuk “ujian emosiku”, saya telah nyatakan setiap daripada kita akan ditimpakan sesuatu oleh Allah s.w.t dengan tujuan untuk mengetahui kebenaran dan sejauh mana tahap keimanan kita. Di sini jelas, lelaki tersebut juga ditimpakan ujian iaitu tahap kawalan emosi yang rendah. Namun demikian, secara asasnya faktor IMAN dan TAQWA sahaja yang mampu membuatkan seseorang itu mampu mengawal diri dan emosinya. Lihat sabda Rasulullah s.a.w: Dari Abu Hurairah r.a (maksudnya)
”Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan meminum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan” (hadis riwayat Muslim, bab iman)
Lihat! Ketiga-tiga maksiat yang disebut di atas adalah tergolong daripada dosa-dosa besar. Kesemuanya tidak akan berlaku melainkan ketika itu imannya tiada bersamanya. Kata lain, ketika itu hatinya langsung tidak mengingati Allah s.w.t. Begitu juga yang berlaku kepada si pembunuh ini, membunuh juga tergolong daripada dosa-dosa besar. Tidak berlaku pembunuhan melainkan tiada iman dalam hati si pembunuh. Sebaliknya hatinya dikuasai oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan.
Tiadalah yang diharapkan melainkan kembalinya iman ke dalam hati lelaki tersebut dan beratubat kepada Allah s.w.t. Jika sememangnya empunya diri tidak memberi tumpuan terhadap imannya, perlukah kita mengeji mencacinya? Salah empunya diri tidak mencari ilmu atau sang pendakwah yang terlepas pandang? Bukan niat ingin menuding jari meyalahkan sesiapa, tetapi sekadar persoalan untuk kita bermuhasabah. Khususnya buat para pendakwah di kawasan berlakunya kejadian.
Namun menjadi kesilapan untuk menyandarkan tugas ini di bahu para pendakwah sahaja. Apakah masyarakat biasa tidak boleh berdakwah? Sedarilah, setiap daripada kita yang mengucapakan kalimah “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya” maka dia adalah seorang pendakwah. Setiap manusia yang digelar “muslimin”, maka ke atasnya terpikul satu tanggungjawab. Iaitu MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENCEGAH SESUATU YANG MUNKAR. Dengan ini digelarlah kita sebagai sebaik-baik umat oleh Allah s.w.t: (bermaksud)
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah..” (surah Al-Imran, ayat 110)
Sabda Rasulullah s.a.w: Hadis Abu Said r.a (maksudnya)
“Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman” (hadis riwayat Muslim, bab iman)
Sebaik-baik petunjuk adalah Al-Quran dan sunnah rasul-Na. Ambil dan amalkanlah dalam kehidupan. Janganlah rela melihat kejahatan serta maksiat berlaku tanpa teguran atau nasihat. Paling tidak dahulukan doa untuk mereka. Ketahuilah, jika Allah menurunkan azabnya, kesemuanya akan merasainya. Sanggupkah kita? Mari perhatikan peringatan yang diberikan Tuhan yang sayangkan hambanya yang terlalu lemah ini: (bermaksud)
“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus ditimpakan terhadap orang-orang yang zalim sahaja diantara kamu, dan ketahuilah bahawa Allah sangat keras siksaan-Nya” (surah Al-Anfal, ayat 25)
Ujian emosiku
Rasanya semua rakan-rakan pembaca pernah marah dan pernah dimarahi. Mesti semua tidak menyukai keadaan ini. Tetapi hendak atau tidak, sedar atau tidak sedar, marah itu telah dicipta oleh Allah s.w.t untuk kegunaan makhluknya dan diletakkan dalam diri mereka. Cumanya yang tidak disukai ialah marah yang tidak kena pada tempatnya. Mudah mulut berkata supaya jangan marah, tetapi tidak mudah untuk melaksanakan melainkan mereka yang mantap imannya. Mesti ada tujuannya marah ini dicipta oleh Allah s.w.t.
Tetapi sebagai umat Islam, ia sepatutnya mengetahui ketika manakah seseorang itu dibolehkan untuk marah? Yang sepatutnya kemarahan itu perlu disalurkan dengan betul, pada tempat yang betul dan pada tujuan yang betul. Dan dengan cara serta matlamat yang betul. Maka kembalilah pada cara bagaimana Islam tunjukkan.
Tetapi kadang-kadang dalam sesuatu masalah kita tidak mampu megawal emosi. Lebih teruk lagi dalam kita marah kita melakukan perkara maksiat yang dilarang. Contohnya perkataan-perkataan keji, cacian serta sumpahan. Na’uzubillah. Namun buat mereka yang telah tertewas jangan putus asa ya, selagi Allah s.w.t sudi memberi pinjam nyawa kepada kita, selagi itulah kita berpeluang untuk berusaha memohon ampun dan memperbaikinya.
Dalam perkara ini, mari kita lihat kisah nabi Adam a.s dan Iblis dalam Al-Quran. Sebaik sahaja Nabi Adam dicipta, lalu diperintahkan Iblis supaya sujud kepada nabi Adam a.s. Sedangkan Iblis pada waktu tersebut adalah makhluk Allah yang paling hebat. Perintah supaya sujud merupakan ujian buat Iblis. Lalu yang berlaku ialah Iblis enggan mematuhi perintah tersebut. Lihat! Apabila Iblis diuji untuk menyembah nabi Adam a.s, barulah terserlah kelemahan Iblis. Apabila diuji, barulah nampak kekurangan yang ada pada dirinya.
Nabi Adam a.s juga diuji oleh Allah s.w.t. Dia dilarang daripada mendekati sejenis pokok. Akan tetapi ia gagal dalam ujian ini sama seperti Iblis gagal dalam ujian. Cuma yang membezakan antara nabi Adam a.s dan Iblis ialah nabi Adam a.s sedar akan kesalahannya lalu bertaubat kepada Allah s.w.t. Akan tetapi berbeza dengan Iblis, dia tidak mengaku kesilapannya sebaliknya bersikap angkuh, lebih teruk lagi dia berjanji pula dengan Allah s.w.t untuk menyesatkan manusia.
Ujian sebegini sebenarnya Allah s.w.t mahu kita sedar tahap manakah iman kita. Allah s.w.t hendak tunjuk kepada kita kelemahan diri kita yang perlu kita sedari dan perbaiki. Setelah mengalami ujian, barulah kita tahu tahap manakah diri kita ini. Sama ada kita ikut jejak langkah nabi Adam a.s ataupun Iblis. Pilihlah!!
Manusia akan tahu hakikat diri bilamana dia diuji. Sama seperti apa yang Allah s.w.t firmankan dalam Al-Quran. Firmannya: (bermaksud)
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji lagi?” (surah Al-Ankabut, ayat 2)
Ujian sudah menjadi sunnatullah Allah s.w.t terhadap hambanya. Seorangpun tidak terlepas daripadanya. Tidak kira dia seorang nabi atau rasul-Nya, manusia biasa atau hamba, kesemuanya akan diuji. Ikuti sambungan ayat di atas: (bermaksud)
“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta” (surah Al-Ankabut, ayat 3)
* artikel ini ditulis selepas saya dijui oleh-Nya. “Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang, ampunilah dosa hamba-Mu yang lemah ini, tiadalah pengampunan daripada-Mu melainkan rahmat-Mu buatku, sesungguhnya tiadalah bermakna hidupku ini tanpa rahmat-Mu, amin”.
Selawat ke atas Rasulullah s.a.w
Setinggi-tinggi pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi, Tuhan yang maha besar dan maha berkuasa, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, ahli-ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan golongan yang mengikuti jejak mereka. Alhamdulillah.
Bulan ini adalah bulan kelahiran Rasulullah s.a.w. Yang mana boleh dikatakan setiap tempat akan mengadakan sambutan bersempena memperingati hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Maka wujudlah pelbagai acara dan sambutan yang dibuat bagi tujuan memperingati hari kelahiran baginda ini. Secara peribadinya, saya lebih suka memperingati kembali hari diangkatnya Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi dan rasul berbanding memperingati hari kelahiran baginda.
Dalam tempoh umat Islam meraikan hari kelahiran baginda, saya turut ingin menyumbang dan berkongsi sesuatu dengan rakan pembaca di alam maya ini. Yang mana tidaklah diharapkan melainkan ianya dikira sebagai amal kebajikan buat saya dan memberi sesuatu untuk umat Muhammad ini. Apa ya? Ianya adalah selawat atas Rasulullah s.a.w. Sedarkah kita, dalam Al-Quran terdapat ayat yang menyuruh orang-orang yang beriman supaya berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w? Seperti mana firman-Nya: (bermaksud)
"sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya" (surah Al-Ahzab, ayat 56)
Amalan berselawat adalah sebuah amalan terpuji di sisi Allah s.w.t malah ianya menjadi tuntutan. Tidaklah yang mengamalkannya dengan ikhlas malainkan ianya tanda kencintaannya kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Ia tidak seharusnya dipandang ringan oleh umat Islam. Ini kerana terdapat hadis yang menyebut tentang kelebihan selawat ini. Ikuti hadis berikut:
"sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka Allah s.w.t akan berselawat ke atsnya sepuluh kali" (hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibn Hibban)
"sesungguhnya manusia yang paling hampir denganku pada hari kiamat ialah mereka yang paling banyak berselawat kepadaku" (hadis riwayat Bukhari, Tirmizi dan Ibn Hibban)
Bentuk selawat
Terdapat banyak hadis yang menyatakan cara-cara dan bentuk selawat. Malah banyak juga selawat-selawat tambahan yang dikarang oleh para ulama dengan tujuan untuk menyatakn cinta, kasih dan sayangnya kepada Rasulullah s.a.w. Namun dalam penulisan ringkas ini, saya hanya akan membawakan bentuk-bentuk selawat yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w sahaja. Memandangkan keutamaan dalam memilih sesuatu amalan adalah dengan mengikut apa yang diajar Rasulullah s.a.w. Kemudian barulah diikuti yang lainnya.
sumber: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
1 - Dari Ka’ab B. ‘Ujrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
Wahai Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam ke atas engkau, tetapi bagaimana pula untuk kami berselawat ke atas engkau?
Rasulullah pun menjelaskan – Katakanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/63, no. 1272. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, no. 1289.
Atau:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 2/303, no. 445, dengan katanya: Hasan Sahih. Disahihkan juga oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan at-Tirmidzi, 1/483, no. 483.
Atau:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 37/64, no. 17409. Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya Sahih di atas syarat al-Bukhari dan Muslim. Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 3/151, no. 894. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 737.
Atau:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 11/156, no. 3119.
2 – Berkata Zaid B. Kharijah:
Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau pun bersabda: Berselawatlah ke atasku dan bersungguh-sungguhlahlah di dalam berdoa dan katakanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.
Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, 5/67, no. 1275. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, 3/436, no. 1292.
3 – Dari Abi Mas’oud al-Anshari, beliau berkata:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang kepada kami yang mana kami sedang berada di dalam majlis Sa’ad B. ‘Ubadah. Kemudian Basyir B. Sa’ad bertanya kepada beliau (Rasulullah):
Allah telah memerintahkan kepada kami untuk berselawat kepadamu wahai Rasulullah, jadi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?
(Kata Abi Mas’oud): Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diam sehingga kami merasa lebih baik sekiranya beliau (Basyir B. Sa’ad) tidak bertanya kepada Rasulullah. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Katakanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima yang Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 2/373, no. 613. An-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/57, no. 1268.
Atau:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana yang Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Malik, Muwaththa’, 2/230, no. 573. 2/21, no. 358. Ibnu Hibban, Shohih Ibnu Hibban, 5/287, no. 1958. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya Sahih. An-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 1/381, no. 1208.
4 - Dari ‘Amr B. Sulaim az-Zuraqi, beliau berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Humaid as-Sa’idi radhiyallahu ‘anhu. Bahawasanya mereka (para sahabat) bertanya:
Wahai Rasulullah, bagaimana (caranya) kami berselawat ke atas-mu? Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menjawab:
Katakanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan isteri-isteri beliau serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Malik, Muwaththa’, 2/20, no. 357. Ahmad, Musnad Ahmad, no. 23600. Shohih al-Bukhari, 11/155, no. 3118. 19/445, no. 5883.
Atau:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Majah, 3/152, no. 895. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 738.
Atau:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri beliau serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 2/375, no. 615.
5 – Dari Abi Mas’oud ‘Uqbah ‘Amr, beliau berkata:
Telah datang seorang lelaki sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kami (para sahabat) pada masa itu sedang berada di sisinya (sisi Rasulullah). Lalu lelaki tersebut bertanya:
Wahai Rasulullah, bahawa Salam ke atas kamu telah kami ketahui, tetapi bagaimanakah (caranya) kami berselawat ke atas kamu apabila kami berselawat (kepadamu) di dalam solat kami Shallallahu ‘alaika?
Abi Mas’oud berkata:
Rasulullah kemudian diam, sehingga kami merasa lebih baik sekiranya lelaki tersebut tidak bertanya kepada Rasulullah.
Kemudian Rasulullah bersabda:
Apabila kamu berselawat kepadaku, maka katakanlah (ucapkanlah):
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad Nabi yang ummi dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Nabi Muhammad Nabi yang ummi dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Shohih Ibnu Hibban, 5/289, no. 1959. Al-Baihaqi, Sunan ash-Shoghir, 1/396, no. 353. Imam ad-Daruquthni menjelaskan: Isnadnya hasan muttashil (hasan dan bersambung) di dalam Sunannya, 1/354, Bab: 45, no. 2. Dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam al-Jami’ ash-Shoghir, 1/68, no. 672.
Atau:
اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad Nabi yang ummi dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Nabi Muhammad Nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 28/304, no. 17072. Dinilai Sahih oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth.
6 – Dari Abi Sa’id al-Khudri, beliau berkata:
Kami (para sahabat) bertanya:
Wahai Rasulullah, ini adalah mengucapkan salam kepada kamu (taslim) kami telah mengetahuinya, tetapi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?
Rasulullah pun bersabda:
Katakanlah (ucapkanlah):
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.
Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 19/442, no. 5881.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim.
Atau dengan:
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
Terjemahan: ... sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim.
Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 14/485, no. 4424.
Atau:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.
Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 3/47, no. 11451. Isnadnya sahih di atas syarat imam Muslim, sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth.
Atau:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim.
Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 3/150, no. 893. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 736.
Atau:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim.
Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/69, no. 1276. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, 3/437, no. 1293.
7 – Dari Abi Hurairah:
Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami berselawat ke atas engkau?
Beliau (Rasulullah) bersabda: Ucapkanlah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ وَباَرَكْتَ عَلىَ إِبْرَاهِيْمَ وَآلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدُ
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan selawat dan keberkahan ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: ath-Thahawi, al-Musykilul Athaar, 3/75. An-Nasaa’i, Amalul Yaum wal Lailah, 1/159, no. 47. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani. Dinukil dari: al-Albani, Ashlu Sifati Sholatin Nabi, 3/926-927.
.jpg)